Archive for September, 2005

AKU

Tuesday, September 27th, 2005

AKU-chairil anwar

Kalau sampai waktuku
‘Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

1943

PAK UNGKU dalam Tragedi pemikiran Melayu

Tuesday, September 27th, 2005

KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.

Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.

Itu pengaruh penjajah.Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.
Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.
Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.

Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin?Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.
Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.

Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.

Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.
Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an. Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.

Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.

Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu.

Adabeberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan. Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.

Tetapi itulah minda Melayu sekarang. Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

PAK UNGKU

Membaca Jambatan ILMU

Saturday, September 24th, 2005

sms dari kawan aku yang aku terima kira-kira 3 minggu yang lalu yang berbunyi, " Apex, bila nak buat zine lagi?" membuatkan  pernafasan aku seperti tersekat-sekat seakan-akan kekurangan oksigen. buat zine nie susah, macam buat novel atau buat cerpen, perlu tumpuan yang tinggi, bahan rujukan yang baik, kena ada kos, interview yang ada kualiti, dan semestinya bahan penulisan yang menarik dan berkualiti. dah hampir 5 tahun aku tinggalkan dunia penulisan zine nie. akibat  tekanan kerja 7 hari seminggu memaksa aku melupakan dunia penulisan. (hidup memang palat tapi semua orang perlukan duit…)

Aku tak tahu dan aku keliru macam mana nak mulakan satu penulisan. Mungkin itu sebabnya 14 tahun dulu aku dapat C dalam karangan bahasa Malaysia UPSR. Aku sebenarnya hairan dengan diri aku sendiri. Masa bawa kereta sorang, masa pandang siling, masa nak tidur, masa termenung aku cukup banyak idea untuk menulis tetapi bila pegang pen atau keyboard tiba-tiba idea aku hilang, aku bungkam, otak aku diserang panic, dan jiwa aku tertekan dan aku baru sedar bahawa aku tidak dilahirkan sebagai seorang penulis. Mungkin aku Cuma berbakat untuk menjadi orang suruhan, hamba seraya atau pegawai kerajaan yang hanya menurut arahan  yang terkandung dalam buku perintah am kerajaan. Mungkin korang sedar yang korang tidak ada bakat dalam penulisan tetapi korang berminat untuk menulis sekurang-kurangnya untuk meluahkan perasaan korang kepada manusia yang korang cintai, setidak-tidaknya…

Kadang-kadang manusia(macam aku) keliru untuk mentafsir sesuatu penulisan itu sama ada penulisan mereka itu merupakan satu penulisan pemikiran atau pemikiran emosi. Dualisme dalam penulisan jugak merupakan satu isu yang selalu diperkatakan. Susah ke nak mentafsirkan penulisan seseorang itu. Macam mana penulisan seorang orang politik, penulisan mereka mungkin berpaksikan kepada idea politik mereka. Padangan mereka tentang Negara, perlembagaan dan sewaktu dengannya. Adakah itu penulisan pemikiran? Adakah ia bersih dan emosi dan perasaan? Orang politik adalah orang jugak, Cuma mereka membawa makna kemanusiaan daripada sudut mereka, orang seni begitu juga, orang tak seni pun sama dan orang agama pun sama jugak..suara kemanusiaan….

Masing-masing ada emosi, masing-masing ada jiwa dan perasaan, masing-masing ada rasa cinta. Masing-masing ada pentafsiran tersendiri tentang sesuatu perkara. Manusia berpersepsi antara satu sama lain, kau-kau, aku-aku, aku-kau dan kau-aku. Persepsi lahir daripada pengalaman seseorang. Pengalaman setiap orang menjadi dunia ini penuh dengan cerita yang  berwarna-warni . pengalaman masing-masing berbeza, aku mungkin tak pernah nak merasa hidup dalam zaman penjajahan dan mungkin sebab itu aku tidak terlalu bergembira  menyambut kemerdekaan. Orang yang pernah hidup susah akan menghargai waktu senangnya. Pengalaman masa sakit kita menyebabkan kita menghargai waktu sihat kita. Itu sebabnya dunia ini adalah tempat yang sesuai untuk manusia. tidak ada sebab untuk tidak bergembira untuk hidup dalam dunia ciptaan tuhan yang maha agung ini.

akhir sekali buat masa sekarang aku mungkin tak mahu menulis lagi, aku pikir baik aku banyakkan bacaan aku, tambah ILMU, tambah makluman dan berkongsi-kongsi ilmu pengetahuan. mungkin bila dan berumur 30 tahun, aku akan start menulis. tak buat zine pun takpe mungkin boleh buat cerita pendek(cerpen) atau buat rencana untuk surat akhbar etc. semua kemungkinan mesti diambik perhatian. semua isi yang terkandung didalam blog ini adalah bentuk pembacaan yang aku pikir boleh membuatkan aku-kau-mereka-kita semua berpikir…

p/s : segala apa yang anda baca ini adalah diambik secara haram  daripada sumber asalnya…Anwar Ibrahim adalah mantan timbalan perdana menteri malaysian. Profesor Diraja Ungku Aziz merupakan mantan Naib Cancelor Universiti Malaya dan kini aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat melayu. banyak lagi yang menarik akan menyusul kemudian….TQ

" melihat langit jangan sampai tersadung kaki"

Falsafah Fakulti Ekologi Manusia UPM Serdang

Saturday, September 24th, 2005

Manusia adalah ciptaan Tuhan dan pemegang amanah-Nya,
serta mempunyai potensi sejadi Penciptanya untuk
penyempurnaan aspek fizikal, intelektual, sosial,
emosi, moral dan kerohanian demi kesejahteraan individu,
keluarga, masyarakat dan persekitaran

siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?

Saturday, September 24th, 2005

PIdato Kemerdekaan - Anwar Ibrahim

Dalam bulan ini ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan dimasyhurkan. Saya menggunakan perkataan ‘dimasyhurkan’ kerana itulah istilah yang digunakan ketika itu, dan dokumen yang bernama ‘Pemasyhuran Kemerdekaan’ itu diedarkan secara meluas kesetiap pelusuk taman dan desa. Tarikh pemasyhuran tersebut terungkap sebagai tarikh keramat , menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah, menyelamatkan martabat hidup rakyat. Tarikh tersebut telah menjadi unsur penting dalam ingatan kolektif kita. Tetapi bagaimana kita dapat mengingatinya , apakah makna tarikh tersebut hari ini, akan menjadi penentu kepada persoalan makna diri. Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka ; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.

Perspektif Sejarah Mari kita toleh kepada puisi panjang Luiz Vaz de Camoes yang bertajuk Os Lusiadas. Ditulis di abad ke-16, puisi ini bukan sekadar epik bangsa Portugis, tetapi juga puisi teragong Eropah di zaman kebangkitan semulanya, iaitu Renaissance. Dan di antara pucak-puncak tertinggi imaginasi Eropah yang sedang keluar dari zaman gelapnya, bangsa kita – iaitu Melaka, yang merupakan rupa-bentuk awal bangsa kita hari ini, di sebut : Kamu, dengan kekayaan dan tempat letak mu, tidak akan lepas dari sambaran dia Di situ, Gedung Agung pada fajar menyinsing Melaka yang kaya sungguh ( Opulanta Malaca ) dan ternama ! Mata panah mu yang berlumurkan racun Keris lengkok mu jadi senjata, dengan Pahlawan Melayu yang berahi (Malaios namorandos ) dan Jawa yang berani (Jaus valentes ), Semuanya akan kecundang dengan Portugis. Sekiranya Aeneid puisi besar Virgil mengesahkan penemuan dan pembentukkan Rom sebagai bangsa imperial, Os Lusiadas merupakan gurindam bangsa Portugis ; bagaimana Vasco da Gama di lambung ombak, mengelilingi benua Afrika dan merintis arah ke Timur, membuka jalan kepada Afonso de albuquerque menawan Goa (1510), Melaka (1511) dan Ormuz (1515). Dari perspektif sejarah semasa, pengembaraan Vasco da Gama dan penaklukan Albuqueque merupakan peristiwa-peristiwa penentu tamadun moden Eropah, bahkan membantu mencorak tamadun moden keseluruhannya. Penyair de Camoes penuh sedar, dan melalui puisinya memberitahu masyarakat Eropah, bahawa apa yang lakukan oleh sang pengembara dan sang penakluk dari semenanjung Iberia itu adalah mengisytiharkan kedatangan Zaman Baru – Novo Reino — dan akan menjadikan mereka masyhur sepanjang zaman. Tetapi Sultan Mahmud Syah dan bendahara baginda—menurut rekod Portugis benama Naina Chatu—tidak mengetahuinya. Hanya setelah hampir lima ratus tahun peristiwa itu berlaku, barulah kita memiliki perspektif terhadap konteks bangsa kita yang kehilangan kemerdekaannya.

Hari ini, bila kita mahu membangun semula makna diri bangsa, kita perlu memahaminya dari dari latar belakang tamadun global, nilai sejagat dan amalan antarabangsa. Kita tidak boleh lagi hidup di bawah tempurung kaum masing-masing, atau memahami diri kita semata dalam lingkungan sempadan negara. Perspektif yang diperlukan adalah perspektif yang diilhamkan dari gagasan sejarah yang pernah dilontarkan oleh sejarawan Arnold Toynbee. Sejarah nasional, tegas beliau, adalah suatu yang tidak dapat dipertahankan dari kaca mata falsafah disiplin tersebut. Sejarah hanya bermakna dalam konteks ketamadunan. Maka, makna kemerdekaan tidak akan dapat digarap dengan sepenuhnya dari kaca mata nasional semata-mata. Apa lagi kalau dilihat dari sudut sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan, jika ianya perjuangan rakyat, perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya ; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Dalam kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat, pada ketika yang sama berlaku pergelutan ideologi di kalangan perjuang-pejuang tersebut.

Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemederkaan, dan mereka yang menempoh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda. Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa histografi atau pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Akhirnya, yang penting bukanlah fakta tentang penubuhan parti-parti, parti mana yang mahu bekerjasama dan tidak mahu bekerjasama dengan British untuk memperolehi kemerdekaan. Yang perlu kita ambil dan kekalkan adalah nilai dan makna. Para hadirin sekalian, Kebebasan Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah tiang seri bangsa; hukum dan seni kenegaraan yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Kita tahu, hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan memakrifati nilai kebebasan. Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus berpidato di pasar kota imperial Rom menjelaskan mengapa Ceaser dibunuh. Dia mencabar Rom dalam kata-katanya : siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ? Ceaser mahu menjadi diktator, manusia bernafsu besar, mahu mempunya kuasa yang tidak terbatas dan mahu meletakkan Rom dalam genggamannya. Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kekebasan dengan nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan – kebebasan bersuara, kebeasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Bahkan kebebasan asasi yang termaktub dalam perlembagaan, perlembagaan yang gubal khusus untuk melindungai kebebasan tersebut, turut di batasi. Selama enam tahun saya renungi perkara ini dari belakang tembok penjara. Betapa banyak penyelewengan dan penyalahgunaan berlaku justru kerana kebebasan tidak dijadikan unsur yang penting dalam struktur dalam negara dan masyarakat. Kita harus insaf bahawa kebebasan adalah sebahagian dari keadilan. Penafian kebebasan merupakan pencerobohan kepada keadilan itu sendiri. Dan kongkongan kepada kepada kebebasan akan menutup sesuatu masyarakat dari sumber kreatifnya, sumber untuk mencipta hasil akliah dan kebudayaan yang akan memperkaya kehidupan.

Saudara-saudara sekelian, Gelombang Besar Islam Demokratik Dalam perjalanan pulang ke tanah air, saya dan Dr Wan Azizah singgah di Istanbul sebagai tetamu kepada Perdana Menteri Recep Tayyip Erdorgan. Turki perlu kita perhatikan. Negara tersebut menjalani sejarah yang getir dan kontrovesi di zaman moden ini. Ketika Turki adalah sebahagian daripada Empayar Uthmaniah, bangsa tersebut memimpin satu empayar terbesar yang punya hayat yang paling lama dalam sejarah dunia. Namun, empayar itu berakhir selepas Perang Dunia Pertama dengan Mustaffa Kamal menghapuskan sistem kekhalifahan. Tetapi Turki juga merupakan Negara Muslim yang pertama menjadi demokratik dan berani melakukan eksprerimen pemerintahan berparlimen. Penyair-filasuf Muhammad Iqbal mengkritik keras tindakan Kamal mahu memisahkan Turki dari warisan agama dan kebudayaannya. Tetapi beliau memuji langkah negara itu memperkenal sistem parlimen dan beliau melihat institusi tersebut sebagai perlaksanaan kepada sistem syurak. Kemenangan Tayyip Erdorgan dan partinya dua tahun lalu mencerminkan Turki kembali mencari akar dan budaya bangsanya. Turki di bawah pentadbiran sekarang gigih untuk memperkukuhkan institusi demokrasi yang sering digugat oleh pihak tentera yang melihat dirinya sebagai pelindung sekularisme ala Kamalisme. Di rantau ini, kita melihat Indonesia, negara yang telah menangkis tuduhan bahawa Islam itu tidak demokratik, atau tidak sejajar dengan prinsip-prinsip demokrasi. Sekiranya Negara Islam terbesar ini berjaya mengamal demokrasi secara aman dan bebas maka teori yang cuba mengambarkan ketidakserasian Islam dan demokrasi gugur bersepai. Indonesia dan Turki adalah negara majoriti penduduknya Islam. Indonesia sekarang adalah negara Islam demokratik yang terbesar sementara Turki pula adalah negara demokratik umat Islam yang pertama. Hasil perbincangan saya dengan Perdana Menteri Turki, pemimpin-pemimpin tertinggi Indonesia, ulamak dan cendekiawan Muslim di negara-negara Arab dan di Barat meyakinkan saya bahawa satu Gelombang Besar Islam Demokratik sedang berlaku di kalangan umat Islam di semua benua. Sekiranya diberikan kebebasan untuk memilih, umat Islam sudah pasti akan memilih demokrasi. Kerana, seperti yang ditegaskan oleh pemikir agama Reinold Nuebuer kecenderungan manusia kepada kebaikan dan keadilan memungkinkan demokrasi terjadi; tetapi kecenderungan manusia kepada keburukan dan kezaliman menjadikan demokrasi sebagai satu keperluan.

Persoalan demokrasi di kalangan umat adalah persoalan dalaman. Ianya bukan persoalan tekanan dari luar. Demokrasi perlu dilaksanakan sebagai satu matlamat, dan juga sebagai satu instrumen untuk melaksanakan pelbagai reformasi. Apabila kita menyebut demokrasi sudah pasti kita mahukan satu satu demokrasi yang tulen, bukan satu demokrasi yang tempang. Tidak akan ada demokrasi tanpa pilihanraya. Tetapi piliharaya tidak akan bermakna tanpa kebebasan media. Demokrasi juga akan cacat sekiranya institusi kehakiman tidak bebas. Demokrasi seharusnya menyuburkan perdebatan dan meraikan perbedaan pendapatan. Sekiranya professor-professor di universiti merasakan dirinya tidak bebas menyuarakan pendapat, mahasiswa di larang dan diugut dari mendengar pidato bukan pemerintah kita sesungguhya telah jauh mundur. Tidak ada guna untuk kita berbicara tentang pembangunan, sekiranya ruang kebebasan demokrasi semakin sempit, kerana pembangunan hanya akan menjadi omong kosong tanpa melalui jalan kebebesan. Tidak ada gunanya kita bercakap tentang kemajuan, sekiranya tidak lahir manusia yang bebas, kreatif dan yang mampu untuk mandiri. Dan tidak ada gunanya untuk kita menyebut tentang Islam sederhana sekiranya institusi masyarakat sekiranya tidak ada demokrasi tulen. Kerana Islam dalam keadaan itu hanyalah menjadi topeng untuk menutup wajah pemerintah yang leluasa mengawal dan mengikat rakyat dengan undang-undang dan akta bukan hanya daripada untuk bercakap benar terhadap segala penyelewengan yang dilakukan, tetapi juga tidak boleh untuk mengajukan soalan atas apa yang dilakukan pemerintah. Ini kerana, untuk sebuah pemerintahan authoritarian, mengajukan soalan adalah sebuah subversif. Kerana itu, menjadi tugas para cendekiawan dan intelektual untuk membuang sikap pesimis terhadap kebebasan, kerana hanya dengan sikap optimis akan lahir kejernihan pandangan untuk mencari alternatif-alternatif dalam menyelesaikan sebarang permasalahan dan kerumitan, walaupun dalam peringkat teoritis. Dalam keadaan politik dunia yang tidak memihak kepada umat Islam, umat Islam tidak boleh lagi bersikap apologetik terhadap sebarang tindakan yang menceroboh kebebasan, juga tindakan yang tidak menghormati prinsip kemanusian; dalam hal ini hanya optimisme akan membawa keyakinan untuk membolehkan kita merumuskan jawapan yang tegas terhadap sebarang tuduhan kepada umat Islam. Saudara-saudara sekelian.

DEB Baru-baru ini, DEB dan affiirmative action kembali berkocak. Dasar tersebut dan penentangan terhadapnya bila-bila masa boleh menjadi bahan api bagi oportunis politik yang selamanya muflis idea, kering pemikiran kecuali tidak habis-habisnya memainkan isu perkaumnya, ibarat langau yang tidak dapat lari dari najis dan bangkai. Kenapakah bangsa Malaysia di abad ke 21 ini masih tidak mahu memanjat naik, melompat lepas dan keluar daripada pagar, tembok dan kokongan perkauman? Telah kita ketahui, dari ajaran semua para Rasul, guru-guru agung dan filasuf besar bahawa, sesungguhnya keadilan itu adalah nilai sejagat. Tidak ada keadilan sekiranya keadilan itu hanya untuk kaum dan kelompok tertentu sahaja. Keadilan dalam maknanya yang sebenar, lagi murni terlepas bebas melepasi segala tembok bangsa, agama dan kaum. Mengapakah orang Melayu hanya mahu memperjuangkan keadilan untuk orang Melayu sahaja, dan Cina untuk Cina sahaja, India semata untuk India sahaja, Kadazan, Iban, hanya untuk kaum masing-masing. Keadilan tidak akan tercapai melalui program-program yang bersifat tolak-ansur; menolak satu kaum, dan ‘mengansur’ kaum yang lain. Suvival bangsa kita hanya akan terjamin dengan merumuskan satu gagasan keadilan untuk Bangsa Malaysia. Kita akur bahawa dalam mana-mana negara terdapat jurang ekonomi dan social dan jurang ini berlaku mengikut kaum. Jiwa progresif mahukan jurang ini dikurangkan. Justru itu dasar-dasar social dilakasanakan. Tetapi pelbagai Kajian perbanding di peringkat antarabangsa telah dilaksanakan menunjukkan Dasar-dasar yang bertujuan murni ini disalahgunakan. Dasar yang khusus untuk membela kaum tertentu di-hijack oleh segelintir elit kaum tersebut.

Di negara Malaysia sendiri kita menyaksikan bagaiman Dasar ini disalahguna untuk memperkayakan keluarga, sahabat dan rakan-rakan politik – nepotisme, kronisme dan rasuah. Kita mengakui satu Dasar untuk mencapai keadilan social itu adalah perlu. Tetapi Dasar tersebut mestilah untuk semua, bukan terbatas kepada mana-mana kaum. Perlaksanaannya perlu sentiasa disemak untuk mempastikan ianya tidak menghasilkan diskriminasi pada yang berhak dan rasa cemburu antara kaum. Dalam konteks hari dan berdasarkan pengalaman perlaksanaan DEB satu Kajian yang komprehesif diperlu untuk mengelakannya dari Dasar tersebut menjadi sarang nepositme, kronisme dan rasuah. Saudara-saudari sekelian, Kita berkomunikasi dengan bahasa. Tetapi bahasa bukan sekadar bersifat utilitarian, sebagai perantara untuk kita saling memahami satu dengan lain. Bahasa juga cermin pribadi dan jiwa bangsa. Benar, kita boleh mengukur mutu kemerdekaan dengan kemewahan ekonomi. Tetapi ukuran itu adalah ukuran yang berat sebelah. Bangsa yang kaya ekonominya boleh pada ketika yang sama muflis jiwanya. Setiap bangsa perlukan suara. Bangsa yang tidak bersuara tidak akan dikenali oleh dunia. Tetapi suara yang yang authentic atau sahih adalah dalam bahasanya sendiri. Maka peranan bahasa sebagai pembentuk makna diri bangsa Malaysia tidak boleh diperkecilkan. Bahkan ini sudah menjadi satu muafakat pelbagai kaum dan telah menjadi satu Dasar terpenting dalam agenda nasional. Bagaimana muafakat ini boleh diketepikan dengan begitu mudah, dengan hujah yang separuh masak, tanpa sebarang Kajian teliti, hanya mencerminkan sikap gelojoh dan tidak demokratik orang yang memaksakan perubahan tersebut.

Dalam kerajaan Melaka di abad ke-15 terdapat 22 bahasa dituturkan dalam wilayahnya. Maka mempelajari bahasa asing itu tidak menjadi persoalan. Bangsa yang tidak mahu mempelajari bahasa asing adalah bangsa yang terkurung dalam kepompongnya. Tetapi hakikatnya adalah bangsa itu dikenali memalui bahasanya. Bahkan Munsyi Abdullah yang sering dilabel sebagai pro-penjajah namun begitu tegas sekali dengan pendiriannya dengan mereka yang mengabaikan bahasa sendiri. Tetapi sesuatu bahasa berkembang dan menjadi kaya hasil dari kegiatan inteleknya. Dasar tidak akan mengayakan bahasa kerana bahasa hanya boleh dikayakan oleh pengkaryanya. Oleh itu kita harus berani dan yakin membicarakan ilmu dalam bahasa kita, perbanyakkan terjemahan dan memperbesarkan perbahasan ilmu dalam bahasa kebangsaan kita. Sebenar tanggungjawab menganggat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan tamadun terletak pada pena – atau word processing — pemikirnya Rantau Asia Tenggara tidak pernah putus daripada pelbagai gelocak politik, dan cabaran demi cabaran harus ditempuhi oleh para demokrat untuk mencapai tujuan kebebasan rakyat. Ada para pemimpin yang nampak seakan-akan nampak seperti mahu menegakkan demokrasi, menjamin kebebasan rakyat dan bercakap mengenai sikap berat sebelah Barat, tetapi dalam masa yang sama, di dalam negara sendiri, tidak kurangnya berlaku zalim.

Pemerintahan militer di Myanmar telah berkali-kali mengulang-ulang janji untuk membebaskan pejuang demokrasi, Ang Sang Su Ski, tetapi, sampai detik ini beliau masih berada di bawah perintah tahanan rumah oleh pemerintahan militer. Pengalaman rakyat di Asia Tenggara sepanjang jejak melebarkan ruang kebebasan adalah seperti munculnya fajar baru. Saya yakin ruang demokrasi bakal memberikan harapan baru kepada kemajuan rantau Asia Tenggara keseluruhannya. Keyakinan ini ditambah apabila kita menyelak-nyelak lembaran sejarah rantau Asia Tenggara ini bahawa setiap diktator nampaknya tidak akan selalu selamat. Pernah berlaku kebangkitan rakyat yang besar di Filipina, Indonesia, Thailand, bahkan juga gelombang inagatan yang tidak kurang hebatnya di negara kita kira-kira tujuh tahun dahulu. Namun bemikian, jangan mudah kita lupa, di negara kita hari ini masih ada ratusan lagi orang yang ditahan di bawah akta ISA, tidak sekalipun dibawa ke muka pengadilan, dan tahanan mereka disambung tanpa alasan yang jelas dan munasabah. Sikap sedikit ‘berlembut’ yang cuba ditunjukan oleh pentadbiran baru sama sekali tidak bermakna sebagai asas untuk menjamin kebebasan benar-benar sudah wujud. Ketika beberapa negara-negara rakan di Asia Tenggara ada yang berkembang maju demokrasinya, Malaysia masih tidak menunjukkan tanda-tanda yang jelas untuk mewujudkan persekitaran seumpama.

Saya ingin mengulangi pendirian bahawa pandangan lapuk negara-negara anggota ASEAN untuk tidak campur tangan dalam urusan kebebasan dan demokrasi negara-negara rakan lainnya adalah sama sekali sudah tidak releven lagi. Satu tekad dan kesedaran baru harus timbul, dan doktrin tersebut harus dihapuskan segera demi memastikan pancaran demokrasi dapat dinikmati oleh semua penduduk ASEAN. Di awal tadi saya menyebutkan koteks ketamadunan di mana negara kita dijajah dan hilang kemerdekaan. Eropah muncul kembali melalui Renaissance dan bangsa Portugis yang meneroka dan menakluki beberapa kota pelabuhan Asia adalah anak-anak yang dilahirkan melalui ledakan tenaga di zaman Renaissance Eropah. Tidak ada bukti yang sampai kepada kita bahawa masyarakat Melaka ketika itu memahami atau cuba memahami kekuatan kebudayaan di belakang kapal-kapal perang dan meriam Portugis. Kapal-kapal perang, senjata, peta pelayaran hanya tanda-tanda zahir kepada revolusi pemikiran dan kebudayaan yang membentuk jiwa baru Eropah. Melaka menemui Eropah tetapi tidak memahaminya, justeru itu rantau tersebut dihukum untuk mengalami penjajahan demi penjajahan. Apabila kita ingin membangun semula kemerdekaan kita, maka kita perlu mempunyai tekad untuk memahami zaman ini, tamaddunnya dan semangatnya. Semangat zaman ini adalah kebebasan dan demokrasi telah menjadi keteraturan universal. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme kita akan melawan arus global. Tarian kita akan caggung dengan rentak irama antarabangsa dan kita akan terpinggir. Sudah pasti kita tidak mahu menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka. Sekian

www.anwaribrahim.com

Pick Myself Up - Peter Tosh

Saturday, September 24th, 2005

Pick Myself Up

Sittin’ in the morning sun
And watching all the birds passing by
Oh how sweet they sing
And oh how much I wish that I could fly

And I try
I said I try
I try
I really try try try

But I got to
Pick myself up
Dust myself off
Start all over, again (CHORUS 2x)

Sittin’ in the midday sun
And wondering where my meal’s coming from
After working so hard
Not even piece of bread at the yard

And I said I try
Oh Lord I try
I try
I really try try try

Sittin’ in the evening sun
And watching the same birds passing by
Sittin’ and wondering
And waiting for the time for me to fly

And I try
I said I try
Good Lord I try
I really try try try

So long and I just find
It was just a waste of time
So long and I just find
I been been wasting all my time

I’ve got to pick myself up… 

Gadis Kecil - Usman Awang

Saturday, September 24th, 2005

Gadis Kecil

Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar mentari pagi

Demikianlah gadi kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.

Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung
dengan sopan menolak pemberianku
’saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku.’

Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempesonakan.
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya

sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
‘jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.’

Aku jadi terpaku
dia, si gadis kecil itu menenteramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari anak penghuni penjara sendiri?

Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.

Jenaka Jonggang 2

Saturday, September 24th, 2005

BERHENTI BERHARAP
Penyanyi: Isa samad (Shushah…shushad shajer)
Akademi UMNOsia ke 3 (2005)

Aku tak percaya lagi
Dengan janji yang kau beri
Kau terus kaya sendiri
Dengan kontrak juga AP

Aku tak percaya lagi
Walau pun Islam Hadhari
Yang kata mampu terangi
Malah tiada terbukti

Aku berhenti berharap (start keluarkan air mata macam Rafidah)
Semua harta kau nak lahap
Sampai nanti suatu saat
PAS perintah, kau kan dapat.

Putar belitkan cerita
Konon bahagia tercipta
Kau kata tangkap mereka
Kenapa aku sahaja…woooo (lenggok style Zahid)

(Korus)
Aku pulang….
dengan dendam….
Aku tahu penipuanmu
Engkau laknat….
Juga bangsat..
Kupastikan kekalahanmu..

Kau ajar mereka rasuah
Kau selamatkan pula Rafidah
Kau janjikan aku bahagia
Tapi kini aku derita
Rasuahku tak seberapa
Cuma beberapa juta saja……woooo (lenggok sambil kentut)

(Ulang Korus dan melutut)

Komen 1
Kudsia Kahar: bagus dan persembahan terbaik setakat ini, penuh perasaan seperti anda betul-betul terlibat. Kemudian kalau boleh minggu ni, tabah sikit jangan mudah menangis kerana politik diluar nanti, lagi hebat. Harapan saya beri dia peluang untuk ke minggu hadapan supaya Isa boleh buat rasuah yang lebih hebat, OK aznil terima kaseh.

Komen 2
Adlin: Nanti kalau aku puji kau, orang kata aku suka kau, tapi kau tak macam sedih dan cara kau menangis macam bapok. Kalau boleh biar Pak Lah berada bersama ketika menyanyi , supaya Isa boleh menyanyi penuh perasaan. Terima kaseh.

Komen 3
Shafinaz: Nafas agak semput macam nak mati, sebutan tak sempurna macam cuba sembunyikan kesalahan diri. Dan Isa tak payah pakai rambut panjang palsu, sebab Isa memang tak handsome dan juga Isa kalau boleh buat cara Isa, sebab ramai sangat peserta UMNOsia ni perangai serupa, ok. Good luck

Jenaka Jonggang

Saturday, September 24th, 2005

Satu hari Sultan merasa sungguh boring, jadi dia tanya bendahara "Bendahara, siapa paling pandai kat Malaysia nie??".

"Mahathir, Tuanku", jawab bendahara.

"Mahathir!", Baginda bertitah, "kalau mu pandai sangat, cuba buat satu cerita.. seratus patah perkatae.. tapi setiap perkatae mesti mula denge huruf ‘J’."

Terperanjat beruk Mahathir, tapi selepas berfikir, dia pun mula bercerita:

Joyah jale jale
Jusoh jale jale jugok
Joyah jale jauh jauh
Jusoh jale jauh jauh jugok
Jusoh jeling jeling
Joyah jeling jeling
Jusoh jeling Joyah
Joyah jeling Jusoh
Joyah jerit, "Jusoh, jange jeling jeling…"
Jusoh jahat
Jusoh jeling jugok
Joyah jerit, "jange Jusoh, jange…"
Jusoh jahat, Jusoh jeling jubor Joyah
Joyah jerit, "Jusoh, jange jeling jubor Joyah…"
Jusoh jahat, Jusoh jeling jubor Joyah jugok
Joyah jerit, "jange Jusoh, jange…"
Jusoh jahat, Jusoh jolok jubur Joyah
Joyah jerit, "Jusoh, jange jolok jubur Joyah…"
Jusoh jolok jugok jubur Joyah
Joyah jerit, "jange Jusoh, jange…"
Jusoh jahat
Jusoh jolok jugok…

Sampai sini (97 patah perkataan), Mahathir dah habis idea..
Sultan tersenyum kucing lalu bertitah, "jeng jeng jeng…"
Sultan sambung "dok pandailah Mahathir, tapi ambo jugok yang abiskan…"

Temubual dengan Pak Ungku

Saturday, September 24th, 2005

Profesor Diraja Ungku Aziz ulas isu `menang bentuk, kalah isi’ - Melayu tidak kisah bangsa

MUKADIMAH
ProfESOR Diraja Ungku Aziz cepat bersetuju ketika mahu diwawancara tentang isu agenda Melayu yang berbangkit ekoran tulisan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Norraesah Mohamad di halaman ini minggu lalu.

Pada hari dan masa yang dijanjikan, Pak Ungku membawa bersamanya Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara II yang diserahkan kepada kerajaan pada 2 November 2000.

Beliau salah seorang anggota badan itu dan duduk di dalam Jawatankuasa Kerja Pembasmian Kemiskinan.

“Penyelesaiannya sudah ada dalam laporan ini tetapi kita selalu mahu mencari cara-cara baru,” katanya kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI, kelmarin.

Menurut Pak Ungku isu agenda sosioekonomi orang Melayu harus dibincangkan selalu kerana hanya dengan cara itu saja dapat dicari jalan penyelesaiannya yang berkesan.

“Agenda Melayu ini tidak terbatas sehingga bulan September nanti saja,” katanya merujuk kepada Perhimpunan Agung UMNO.

Dalam pertemuan itu, Pak Ungku turut membangkitkan satu sikap orang Melayu yang pada pandangannya banyak merosakkan bangsa itu sendiri.

“Orang Melayu tidak berfikir sebagai satu ummah. Kita individualis nombor satu,” katanya.

Beliau juga membangkitkan sindrom kacang lupakan kulit di kalangan orang Melayu.

MINGGUAN: Apakah yang terlintas dalam fikiran Pak Ungku selepas membaca tulisan Dr. Norraesah itu?

UNGKU AZIZ: Ia satu tulisan yang sangat baik. Saya seorang yang susah hendak berpuas hati tentang orang lain termasuk terhadap diri sendiri.

Saudara jangan lupa bahawa dia memiliki ijazah kedoktoran sains ekonomi dari University of Paris I Pantheon-Sorbonne, salah sebuah universiti yang terkemuka di Eropah dan universiti nombor satu Perancis sama seperti Oxford dan Cambridge di England dan Harvard di Amerika Syarikat.

Saya fikir beliau ini seorang intelek yang tidak begitu digunakan kepakarannya. Kalau saya diminta menyenaraikan 10 tokoh pemikir wanita di negara ini, senang-senang beliau antara

lima

yang teratas.

Tulisannya itu padat dan menyentuh secara keseluruhan isu-isu tentang masalah sosioekonomi orang Melayu walaupun tidak dengan mendalam.

Tetapi beliau tidak begitu lantang dalam erti kata tidak mempersoalkan kenapa orang Melayu di Kedah, Kelantan dan Terengganu misalnya bertubuh kecil berbanding di negeri-negeri lain. Kenyataan ini bukan pandangan peribadi saya tetapi itulah juga yang dinyatakan dalam laporan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) negara.

Apa yang saya bangkitkan ini ada kena-mengena dengan isu agenda Melayu ini.

Kenapa tubuh mereka lebih kecil?

UNGKU AZIZ: Saya juga selalu bertanya soalan yang sama: Apakah Tuhan memang menjadikan orang Melayu comel dan kecil?

Keadaan orang Jepun selepas Perang Dunia Kedua juga serupa. Tetapi selepas kalah perang itu mereka bertanyakan soalan yang sama yang kita tanyakan kepada orang Melayu sekarang: “Apa yang tidak kena dengan bangsa ini? Kenapa kita tidak boleh berjaya dalam pelbagai bidang?”

Orang Jepun menemui jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan itu dan mereka menyelesaikannya - pendidikan yang bermutu dan pemakanan yang seimbang. Hasilnya tubuh mereka besar, minda mereka cergas dan kita tahu mereka menguasai ekonomi.

Kejayaan bangsa Jepun itu boleh kita tiru. Hal ini sudah saya kupas dengan panjang lebar beberapa kali sebelum ini.

Apa kaitannya cerita itu dengan perbincangan kita ini?

UNGKU AZIZ:

Ada

dua perkara yang boleh mengubah nasib orang Melayu pada jangka panjang - pendidikan dan pemakanan yang seimbang.

Pada masa yang sama kita harus mengubah perenggu minda (mindset) orang Melayu. Kalau kita lihat secara keseluruhannya orang Melayu tidak cenderung mahu mencapai kecemerlangan dalam bidang yang mereka ceburi.

Orang Melayu tidak ada pemikiran yang bersungguh-sungguh mahu berjaya; tidak ada motivasi mahu belajar secara berterusan seperti orang Jepun dan Eropah. Mereka ada pemikiran itu kerana mereka mahu berjaya. Bangsa Cina juga begitu, selalu berfikir bagaimana mahu memperbaiki diri.

Kita harus mencari jalan bagaimana hendak memberi motivasi kepada orang Melayu supaya berubah.

Pak Ungku ada jawapannya?

UNGKU AZIZ: Orang selalu menyebut tentang anjakan paradigma tetapi saya minta maaf, sebenarnya banyak yang tidak faham pun apa yang mereka katakan itu. Kalau kita asyik berklise kita tidak akan berfikir untuk menyelesaikan masalah.

Kita mesti mengubah pandangan orang Melayu tentang pendidikan, bahawa ia adalah satu proses sepanjang hayat dan bukan hanya setakat mendapat ijazah saja. Saya sudah berumur 82 tahun. Saya tidak nampak pelik kalau perlu belajar tentang perisian komputer misalnya kerana itu bidang yang saya kurang mahir. Memang susah tetapi saya mencuba dan memaksa diri belajar.

Saya masih sedia belajar walaupun umur sudah begini. Tetapi bagaimana dengan berjuta-juta orang Melayu lain?

Cita-cita Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan lebih 30 tahun lalu. Soalnya kenapa terlalu susah untuk menukar orang Melayu dalam tempoh satu setengah generasi itu?

UNGKU AZIZ: Generasi awal fasa pertama DEB dulu, katakan pada pertengahan tahun 1970-an, sudah berjaya. Banyak yang sudah kita capai dalam bidang pendidikan termasuk menubuhkan pusat asasi sains yang kemudiannya melahirkan doktor dan jurutera Melayu.

Kita telah melalui zaman yang baik itu sehingga awal tahun 1980-an. Selepas itu di bawah kepimpinannya Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan wawasan bahawa orang Melayu boleh survive dalam persaingan yang bebas.

Salahkah wawasan itu?

UNGKU AZIZ: Ia mustahil boleh berlaku. Malah di sesetengah negara maju masih ada kepercayaan bahawa kelompok tertentu harus perlu diberikan perhatian yang lebih dan sedikit istimewa kalau mahu mereka berjaya.

Kelemahan pada orang Melayu yang perlu dibela ini adalah masalah pemikiran masyarakat kita yang telah terbentuk oleh penjajahan. Kita belum bersedia untuk meritokrasi.

Tetapi tidakkah kalau terlalu banyak diberikan bantuan orang Melayu akan jadi begitu manja?

UNGKU AZIZ: Ini satu lagi klise. Bantuan apa yang kita beri? Saya tadi menyebut tentang pendidikan dan pemakanan sebagai ejen perubahan. Tulisan saya dalam laporan Mapen II menyebut bahawa setiap orang harus makan telur ayam sekurang-kurangnya sebiji seminggu.

Hakikatnya kalau kita buat kaji selidik di Kelantan dan Terengganu puratanya hal ini tidak berlaku. Jadi bagaimana boleh dikatakan bahawa kita sudah membantu orang Melayu?

Saya bukan bercakap tentang penyelesaian jangka pendek tetapi jangka panjang iaitu melalui pendidikan dan pemakanan.

Apa salah kepimpinan Melayu dalam hal ini?

UNGKU AZIZ: Mereka mengelak daripada menyentuh isu-isu yang sebenarnya relatif iaitu kemiskinan, kekurangan fizikal dan kelemahan mental.

Para

pemimpin selalu bercakap tentang hal-hal yang asing. Kita bercakap tentang meningkatkan teknologi dalam pertanian tetapi hakikatnya orang Melayu miskin dan tidak ke mana. Kita juga banyak bercakap tentang pembangunan usahawan tetapi bagaimana sebenarnya mahu menjadikan mereka sebagai usahawan.

Orang Melayu juga bersalah dalam hal ini. Kerajaan misalnya bercakap tentang penguasaan bahasa Inggeris tetapi orang Melayu secara individu tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasainya. Kita selalu ada tanggapan bahawa orang lain akan melakukannya dan bukan kita sendiri. Kita menganggap anak kita nanti akan menguasainya.

Apakah yang harus dilakukan oleh pimpinan Melayu untuk menangani masalah ini?

UNGKU AZIZ:

Para

pemimpin harus duduk berbincang dan menggariskan masalah-masalah utama yang dihadapi oleh orang Melayu, dan berusaha menyelesaikannya.

Kita perlu jelas apakah agenda Melayu yang hendak kita capai. Kita harus menggariskan cara-cara untuk menjadikan bangsa Melayu berjaya dan cemerlang.

Orang Melayu rata-ratanya Islam dan berpegang kepada al-Quran. Dalam tulisan pentingnya di majalah al-Ikhwan pada tahun 1927 Pendeta Za’ba mengupas sepotong ayat al-Quran tentang manusia hanya mendapat apa yang dia usahakan. Soalnya apakah manusia Melayu yang Islam ini tidak tahu?

UNGKU AZIZ: Mereka tahu tetapi tidak terdaya kerana malas berfikir dan merasakan itu kerja orang lain. Orang Melayu suka duduk dan tengok orang lain buat. Inilah budaya yang harus diubah.

Masalah orang Melayu ialah mereka suka duduk bersembang, pergi wakaf main dam dan mencari keseronokan, baik yang halal atau haram hanya semata-mata untuk mengalihkan tumpuan daripada dunia sebenar.

Inilah simptom budaya kita yang lemah. Kita tidak ada akar budaya yang kuat yang boleh melonjakkan kita ke depan.

Cuba

lihat budaya orang Cina yang sudah ada pada diri mereka sejak beribu-ribu tahun lalu. Perkataan kiasu itu jelas menggambarkan watak orang Cina. Kenapa orang Melayu tidak kiasu?

Elok juga saudara bangkitkan tentang Pendeta Za’ba. Beliau menulis buku Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Buku itu kepada saya cukup relevan untuk dibaca semula pada hari ini oleh semua orang Melayu.

Tentang sikap buruk orang Melayu, Munsyi Abdullah juga dulu membangkitkan hal yang sama - kejengkelannya tentang perangai orang Melayu. Gambaran beliau dulu itu masih sama sekarang tetapi setidak-tidaknya Za’ba ada menunjukkan cara keluarnya dalam buku itu.

Bagaimana Pak Ungku melihat isu agenda Melayu ini dan kaitannya dengan UMNO?

UNGKU AZIZ:

Para

pemimpin UMNO sedang menempatkan diri mereka dalam barisan kepimpinan. Saya hendak bertanya satu soalan yang paling asas: Adakah ini saja yang dikatakan berpolitik?

Kenapa tidak ada pemimpin UMNO yang memberitahu sekiranya terpilih mereka akan memperjuangkan isu-isu pendidikan untuk orang Melayu atau skim makanan khas untuk para pelajar Melayu, misalnya. Inilah yang harus ditanyakan oleh orang Melayu kepada para pemimpin yang hendak bertanding ini: Apa program mereka untuk orang Melayu?

Dalam pemilihan jawatan politik di negara lain, para pemimpinnya bersaing atas isu-isu. Tetapi dalam pemilihan UMNO tidak ada pemimpin yang menyatakan program-program mereka untuk orang Melayu.

Ini yang saya katakan masalah pemikiran orang Melayu tadi - “orang lain akan buat”, orang yang dipanggil pakar. Mereka hanya perlu menang saja seolah-olahnya yang lain itu akan berlaku dengan kuasa ajaib.

Kita terlalu individualistik. Kita tidak berfikir sebagai satu ummah. Kita individualis nombor satu.

Maksudnya?

UNGKU AZIZ: Kita hendak naik sendiri-sendiri. Kita kena tahu membezakan antara perjuangan untuk kepentingan individu atau perjuangan untuk memperbaiki kedudukan masyarakat Melayu.

Itu sebabnya kita kena tahu apakah yang mereka hendak tawarkan atas isu-isu orang Melayu. Itulah caranya berpolitik. Jangan kita ada kepercayaan yang naif bahawa pakar-pakar akan menyelesaikan masalah. Kalau mahu jadi pemimpin harus boleh berdiri di atas kaki sendiri.

Tetapi untuk berlaku adil kepada mereka ada yang menyebutnya juga.

UNGKU AZIZ: Ya, tetapi secara umum saja. Apa yang hendak saya tekankan ialah mereka tidak bertanding atas isu-isu yang menyentuh orang Melayu. Mungkin juga mereka tidak memahami isu-isu yang dihadapi oleh orang Melayu.

Atau mungkin juga kerana ada arahan jangan berkempen?

UNGKU AZIZ: Jadi mereka ini bertanding untuk apa? Bolehkah sebuah pemilihan berlaku tanpa ada kempen? Itulah idea demokrasi.

Sekiranya pemimpin UMNO dibenarkan berkempen dan mereka menyatakan agenda mereka, bolehkah politik wang ditangani?

UNGKU AZIZ: Sudah tentu. Mereka akan berjuang atas isu. Kekuatan seorang pemimpin yang hendak dipilih itu akan ternampak melalui pemikirannya tentang sesuatu isu.

Ini satu masalah juga. Kenapa kita menyebut politik wang dan bukan rasuah? Realitinya itulah rasuah. Orang Islam yang baik tidak akan melakukannya. Tetapi sekarang ini kita mengaburkannya dengan mengatakan bahawa itu politik wang.

Apa pandangan Pak Ungku terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya UMNO lebih proaktif memperjuangkan agenda sosioekonomi Melayu dan tidak bergantung kepada kerajaan?

UNGKU AZIZ: Itulah yang sepatutnya. Parti juga harus ada agendanya sendiri, membincangkannya dengan mendalam dan mencadangkan penyelesaiannya kepada kerajaan. Kerajaan hanya pelaksana tetapi agendanya ditentukan oleh parti. Kita harus memahami kelemahan kerajaan kerana ia birokrat. Birokrat tidak boleh berfikir di luar kebiasaan.

Selain itu, ahli korporat Melayu yang berjaya kerana dasar-dasar yang melahirkan kelompok besar kelas menengah Melayu harus juga membantu orang Melayu lain. Apabila sudah lepas ke atas mereka ini seolah-olah terpisah daripada kelompok di bawah. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.

Golongan kacang lupakan kulit inilah yang perlu didekati oleh kerajaan dan UMNO.