Archive for October, 2005

Suara Takbir

Saturday, October 29th, 2005

Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

( korus )
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

Pandu Cermat Jiwa Selamat.

katak-katak

Tuesday, October 25th, 2005

pada satu hari di musim panas berkatalah seekor katak jantan kepada pasangannya, " aku takut manusia yang tinggal di rumah tepi pantai sana terganggu oleh nyayian malam kita." pasangannya menjawa,"tidakkah mereka juga menggangu ketenangan kita di siang hari dengan perbualan mereka?

kata jantan berkata," jangan lupa kita mungkin menyanyi terlalu banyak dimalam hari," pasangannya menjawab,"jangan kita lupa yang mereka berleter dan berteriak dengan riuh di siang hari,"

kata katak jantan lagi," bagaimana dengan katak bentong yang mengganggu seluruh kampung dengan bunyi boomingnya?" pasangannya menjawab,"ya, bagaimana pula dengan ahli politik dan saintis yang datang kemari dan memenuhkan ruang udara dengan bunyi bising dan tidak berirama?"

lalu katak jantanmenjawab," marilah kita jadikan diri kita makhluk yang lebih baik dari manusia-manusia ini, mari kita berdiam diri dimalam hari dan bernyanyi di dalam hati walaupun bulan memanggil kita untuk berirama dan bintang-bintang menyeru kita untuk berlagu, paling koman kita diam untuk semalam dua, palang tidak tiga malam" dan pasangannya menjawab, " baiklah, i setuju, kita tengok apa akibatnya dari kemuliaan hatimu itu,"

malam itu katak-katakitu berdiam diri dan juga malam berikutnya dan juga malam ketiga. aneh untuk diperkatakan, perempuan bermulut pantat ayam yang tinggal di rumah tepi tasik berteriak kepada suaminya di meja sarapan pada hari ketiga itu," aku sudah tidak tidur selama tiga malam ini. aku tidur dengan neyenyaknya bila ada bunyi katak-katak itu bermain ditelingaku. mungkin sesuatu telah berlaku. mereka sudah tidak bernyanyi selama tiga malam. aku dan hampir giler kerana insomnnia."

katak jantan terdengar perbualan ini dan berpaling kepada pasangannya sambil mengenyitkan mata," dan kita hampir giler dengan kesenyapan kita, tidak bergitu?" lantas pasangannya menjawab, " ketenteraman malam amat berat buat kita dan aku ketaui bahawa tidak perlu kita memberhentikan nyanyian kita untuk kesenangan mereka yang mesti memenuhi kekosongan mereka dengan kebisingan."

maka pada malam itu bulan tidak kecewa memanggil mereka untuk menyanyi dan bintang-bintang pun tidak frust juga untuk medengar irama mereka.

The Wanderer, KAHLIL GIBRAN

aku, 2 ekor lembu dan kerajaan..

Saturday, October 22nd, 2005

SOCIALISME - aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik seekor dan memberikannya kepada jiran ku.

FABIANISME- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan jaga kedua-dua ekor lembu tersebut dan memberikan susu lembu kepada jiran ku.

COMMUNISME- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya dan beri aku sedikit susu.

FASICISME- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya dan menjual susu lembu tersebut.

BUREAUCRACY- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya, tembak seekor, jaga seekor lagi dan buang susunya.

CAPITALISME- aku ada 2 ekor lembu, jual seekor dan beli kerbau.

ISLAM - aku ada 2 ekor lembu, jaga lembu itu, aku beri susu lembu itu kepada jiran dan yang memerlukan, jual selebinya dan beli kerbau.

aku adalah rakyat

lembu adalah ekonomi

kerajaan adalah ideologi

aku, lembu dan kerajaan terus hidup dalam blues…

CINTA ADALAH SEEKOR ANJING DARI NERAKA…

Tuesday, October 18th, 2005

aku selalu mempunyai masalah dengan duit.
ditempat aku kerja, semua orang makan
hotdog dan ubi kentang di kantin kompeni
3 hari sebelum hari gaji. aku mahu steaks.
aku pernah berjumpa dengan pengurus kantin
dan meminta dia menyediakan steak tetapi dia menolaknya.

aku terlupa dengan hari gaji. aku mempunyai rekod
ketidak hadiran kerja yang tinggi dan apabila
tiba hari gaji maka ramai orang akan bercakap
tentangnya.
"hari gaji?" aku berkata, " celaka, hari ini gaji?
aku terlupa untuk ambik cek terakhir aku…"

"jangan mengarut kawan…"

"tidak, tidak, ia benar…"

aku melompat dan berlari ke tempat pembayaran gaji
dan yakin bahawa aku masih mempunyai gaji. aku kembali
kepada kawanku dan menunjukan cek aku kepada mereka.
"oh tuhan, aku terlupa dengan semua ini…"

dengan alasan yang munasabah mereka menjadi sangat marah.
selepas itu kerani gaji datang kepada mereka. aku
mempunyai 2 cek lagi. "oh tuhan" aku berkata, " 2 cek."
dan mereka menjadi marah. setengah daripada mereka bekerja
dengan 2 pekerjaan.

hari ini adalah hari yang sangat teruk.
hari ini hujan turun dengan lebat sekali. aku
tidak mempunyai baju hujan jadi aku memakai
baju hujan yang sangat lama dimana sudah sebulan aku
tidak membasuhnya. aku berjalan dengan lambatnya ketika
mereka bekerja. aku mencari rokok di dalam baju hujan ku itu
dan kemudian aku menjumpai 5 dollar bil didalam poket.
"hey, tengok nie," aku berkata ," i jumpa 5 dollar bil
dan aku sendiri tak tahu, ini sungguh kelakar."

"hoi kawan, diam laaa"

"tidak, tidak, aku serius nie, betul, aku baru teringat
yang aku memakai kot ini bila aku mabuk di bar. aku mengambil duit dan menyembunyikan nya daripada diri sendiri.

"woi!! duduk dan pergi buat kerja!!"

aku meraba poket sebelah.."hey, tengok ini DUA PULUH!
oh tuhan, di sini DUA PULUH dan aku tak tahu yang
aku ada DUA PULUH! AKu KAYA!!"

"celaka haram jadah…"

"hey, oh tuhan ini lagi dua puluh  telalu banyak,
terlalu banyak…aku teringat yang aku tidak menbelanjakan
nya semua pada malam itu.

aku terus mencari," hey, ini sepuluh dan ini 5! oh tuhan…"

"woi dengar ini, pergi duduk, buat kerja dan diam!!…"

"oh Tuhanku, aku KAYA! aku tak memerlukan kerja ini lagi…"

"kawan, tolong lah duduk…"

aku terjumpa sepuluh lagi selepas aku duduk tetapi
aku tidak berkata apa-apa. aku dapat merasai gelombang
kebencian dan aku menjadi sangat keliru. mereka percaya
yang aku merancang ini semua untuk menyakitkan hati mereka.
aku tidak bermaksud demikian. orang yang memakan
hot dog dan ubi kentang 3 hari sebelum hari gaji akan
merasainya.

aku duduk dan mempelajari sesuatu dan mula untuk bekerja.

diluar, hujan masih lagi lebat…

diterjemah dan diubah suai tanpa kebenaran daripada
LOVE IS A DOG FROM HELL karya Charles Bukowski… 

kita berjalan di bawah cahaya lampu sehingga kita dapat melihat wajah masing-masing…

Monday, October 17th, 2005

adalah lebih baik untuk kau dan aku melarikan diri daripada keadaan orang ramai sementara sehingga kita dapat berdiri dalam keadaan yang lapang. Banyak kedai telah ditutup. Jalan-jalan pula banyak yang lenggang. Jam di tanganku berdetik dengan perasaan yang cemburu. Aku bertanya kepadamu Bagaimana perasaan mu ketika ini? Kau senyap. Kau tidak bercakap walaupun sepatah.

Aku tahu ini adalah terlalu sukar untuk hidup antara masa dimana semuanya yang berlaku akan berakhir. Ini semua tidak mengembirakan. Kemudian kau bertanya kepada ku, dimanakah tempat yang paling jauh dari sini? Aku berdiam diri. Aku tak tahu apa maksudmu. Aku tak tahu akan jawapannya. Mungkin satu hari nanti aku akan datang kepadamu dengan satu janji. Bukan seperti hari ini. Aku tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan kepadamu. Sudah beberapa tahun aku mengharapkan seorang insan yang istimewa seperti mu.

Aku tahu aku akan merasai kesukaran sekiranya aku meninggalkanmu. Tetapi itu bukan dalam fikiranku sekarang. Aku mahu kau berada disisiku. Aku melakarkan semua perkara gila seperti yang diaturkan. Mungkin ia satu cara untuk melegakan perasaan aku sekarang. Hari akan bertukar sejam dari sekarang dan aku masih lagi tidak dapat menerangkan kepada kau apa yang aku rasakan. Aku risau tentang kita. Dan kita umpama kanak-kanak yang terlalu muda untuk membuat keputusan.

Aku mahu berdoa. Aku mahu berdoa. Dan aku melakukannya banyak kali. Aku berharap hubungan kita akan kekal. Hubungan kita akan selamat. Semua akan berjalan dengan baik sekiranya dihati masing-masing tiada niat untuk berpisah. Aku Cuma bertenang seperti biasa. Kita berjalan didalam gelap sehingga kita nampak cahaya lampu dan kita melihat wajah masing-masing. Aku mahu bergembira. Aku memberi senyuman kepadamu. Kau tidak gembira. Wajahmu sunggul.

Ini adalah masa yang sesuai untuk pulang. Kita dipenghujung jalan sekarang. Kita bertuah kerana penghujung jalan ini adalah tempat bertama kita bertemu. Kau sudah bersedia untuk meluahkannya. Mungkin ini ayat terakhir dari mu. Kau mahu memilih jalanmu sendiri. Lantas berjalan pantas meninggalkanku dan kau hilang dalam kegelapan malam ini.

Kalau aku tawarkan kau sejuta ringgit. Mahukah kau kembali kepadaku? Mahukan kau memanggil namaku semula? Bolehkan aku hubungi kau selepas ini? Realitinya kau sudah pergi. Aku menyanyikan lagi kegemaranku sehingga aku berhenti dan tertidur…

diambil dan diubahsuai daripada artikel "we walk under the light until we see each other face", rats in the rags zine

LAWAK ITU TIDAK LAGI KELAKAR…

Sunday, October 16th, 2005

Pada suatu hari, kelihatan seorang kanak-kanak berumur 6 tahun sedang memanjat pohon rambutan di depan rumahnya, Untuk memudahkan proses memanjat, kanak-kanak tersebut telah mengenakan seluar pendek. Nak dijadikan cerita, lalu seorang tok sami. sambik berjalan, berpalinglah sami itu ke atas. kemudian beliau menyuruh kanak-kanak tersebut turun dan memberikan kanak-kanak tersebut RM 1.

" Go and get yourself an underwear…"

Gembira bercampur malu, berlarilah kanak-kanak tersebut mendapatkan ibunya lalu menceritakan apa yang berlaku. Keesokan harinya, dengan harapan mendapat RM 1, si ibu pula memanjat pokok rambutan dengan mengenakan kain batik. berjalanlah tok sami di bawah pepohon rambutan lalu berpaling beliau ke atas. beliau menyuruh si ibu turun dan memberikan dia RM 0.20.

"Go and get yourself a razor blade…"

diculik daripada biodegradable material zine # 2

S.a.B.a.R

Tuesday, October 11th, 2005

haus…puasa,

letih…puasa,

lapar…puasa,

itu melatih dirimu menjadi orang yang sabar.

Ramadhan

Wednesday, October 5th, 2005

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak 1426 Hijrah…Selamat Datang…Selamat Datang…

Kepada kawan-kawan semua,

Tiada kata seindah zikir,

tiada bulan seindah ramadhan,

untuk itu aku pohon kemaafan untuk insan tak terjaga,

janji yang terabai,

hati yang berprasangka

dan

semua sikap yang mungkin pernah menyakitkan hati ,

pohon kemaafan kalian semua.

Ikhlas,

Nor Hisham bin Mohamed

aka Apex Aka Mat Tiara Aka Tepet

3,401

Saturday, October 1st, 2005

Tinggimu itu,

lamaku tawan,

9 jam 1 minit dan 20 saat,

insan ini kerdil Tuhan,

Peritnya tak dapatku luahkan,

Indahnya tak dapatku ucapkan,

sejuknya tak dapatku katakan,

mistiknya tak dapatku bayangkan,

Tebu,

kau satu ciptaan,

untuk insan,

yang mahu menikmati kebesaran Tuhan.

6.30 pagi

1 Oktober 2005

Gunung Tebu, Besut

Terengganu