Archive for November, 2005

I STARTED SOMETHING I COULDN’T FINISH

Friday, November 11th, 2005

tahun ini mungkin satu tahun yang agak cemerlang bagi aku. setiap awal tahun masihi aku akan sentiasa ada slogan2 yang akan aku laungkan dalam hidupku. tahun 2003, dengan slogan ‘tahun yang cemerlang untuk hidup’ aku cuma mencipta kecemerlangan-kecemerlangan dalam hidup aku. dalam kerjaya, dalam cinta, dalam kehidupan sosial dan sebagainya. tahun 2005 sekali lagi aku laungkan slogan yang sama tapi ada sikit perubahan, ‘tahun yang cemerlang untuk hidup bersama’ sebab start 2005 aku dah ada bini so berkataan bersama itu kena ada. tahun 2006 macam mana pula? mungkin tahun ini slogan hidup aku “tahun menyemai kasih sayang untuk anak dan isteri”

7 November bersamaan 5 Syawal baru-baru ini, dengan izin Tuhan. bini aku selamat melahirkan seorang baby girl dengan berat 3.0 kilo jam 8.58 pagi. dalam kehidupan yang separuh realiti dan separuh fantasi ini, aku dapat juga melihat macam mana keluarnya seorang manusia dari dalam perut seorang wanita. kesakitan, jerih dan perih yang dirasai oleh bini aku akhirnya diakhiri dengan rasa lega dan senyuman selepas diberitahu oleh doktor yang anakku yang comel ini normal dan dalam keadaan sihat. persepsi aku terhadap dunia dan kehidupan ini berubah sekali lagi.

pernah tak korang takut dengan kemungkinan-kemungkinan yang mendatang yang korang sendiri tak pasti? hidup dan mati? kebahagian dan kesengsaraan? gembira dan air mata? kepastian dan keraguan? adakah kehidupan ini berkait rapat dengan soal takdir? takdir? sejak dari dulu lagi persoalan ini selalu timbul dalam hidup aku. masa sekolah dulu ustaz Subri dan jugak mak ayah aku selalu sebut,” belajar rajin-rajin, berdoa kepada Allah dan bertawakallah,” mesti korang pernah ingat ayat ni. dan sepanjang aku menunggu kelahiran anak sulung aku ini, tiba-tiba aku merasai yang aku sangat memerlukan pertolongan Allah dan aku bertawakal kepadaNya. Hati mana yang tidak sedih melihat bini di depan mata dalam keadaan kesakitan. aku berserah semua ini kepada Tuhan yang aku percaya mendengar segala permohonan aku.

Tuhan memang Adil dan Saksama. aku percaya Dia tidak akan menolak dengan mudah segala permintaan dari hamba-hambaNya. aku percaya seorang manusia yang lahir pada hari ini adalah manusia yang akan aku pastikan diINSTALLkan segala ideolagi-ideolagi dan falsafah-falsafah yang SUCI dan BENAR agar manusia yang aku harapkan kelahirannya ini akan Sujud kepada Tuhan yang aku sembah sekarang.

dan pada hari ini aku dapati yang aku seorang yang mudah mengeluarkan air mata. tak tahu kenapa mungkin ini memang keturunan agaknya. aku juga dapati yang aku seorang yang sangat mengambil berat tentang hal orang lain. dan aku juga seorang PERISAU yang kronik. mungkin aku terpaksa berjumpa dengan pakai motivasi atau psokologis untuk hilangkan rasa risau aku yang memang kronik. mungkin untuk anak, isteri, keluargaku, aku harap kerisauan dan kesayangan melampau aku terhadap mereka merupakan satu tanda positif agar slogan “tahun menyemai kasih sayang” ini dapat kita adaptasikan bersama-sama…TUHAN KAYA dan MAHA KAYA….

SELAMAT HARI HAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN
I’ve seen this happen in other people’s lives
and now it’s happening in mine…(dari The smiths, The Jokes isn’t funny anymore)