Archive for December, 2005

……….

Saturday, December 31st, 2005

APA YANG SERONOKNYA MENYAMBUT TAHUN BARU?

jiva kaca

Wednesday, December 21st, 2005

minta maaf sayang…i’m sorry dear…maafkan aku ok…tak mintak maaf pun dari aku…aku tak nak dengar..aku bukan manusia jenis itu. tak perlu kau minta maaf dariku, aku tak kisah. manusia memang buat silap selalu, kau bukan nabi, aku bukan nabi, aku manusia macam kau juga, kita tak sempurna, kita selalu buat salah, nenek kita buat salah, ayah dan mak kita buat salah, pemimpin kita juga buat salah, kita? maafkan lah mereka..dan maafkan mereka sebelum tidur…

………………………………….maafkan aku…………………………………..

jangan kau hampiri pintu itu. lari, lari, lari…ada orang mengejar kita…lari ke sana, tapi jangan ke arah pintu itu! tapi pintu itu jalan keluar kita, lari,lari,lari…mereka dah makin hampir…jangan lari ke pintu itu, jangan…jambatan ke pintu itu jambatan yang rapuh, silap langkah……arghhhhh…(kita semua telah terjatuh kawan…)

……………………………..mustaqim………………………………………

kesunyian? mana? ke mari! biar aku patahkan tangannya! biar ia sakit seperti aku merasainya! mana rasa pilu? ke mari kau! ke mari kau! akanku carik-carik tubuhmu agar bisa kau merasai kesakitannya!!

……………………………..keindahan sunyi…………………………………..

pilihan best irama jiva kaca sehingga kini…

..semua lagu dari the smiths..radiohead - semualagu..bob marley & peter toch-semua lagu..

.. henry rollins - black coffee blues..

.. the cure - friday im in love & boy dont cry…

..padi-menunggu sebuah jawaban

..stone roses- i wanna be adored

..third eye blind- tak semua lagu..

..p.ramlee-dendang perantau

..glenn-januari

..jiva kaca = jiwa kacau

…………………………………tamat disini…………………………………

Sesekali bila terjaga
Dari mimpi yang panjang
Aku menjadi pelarian rindu
Di manakah rindu itu
Di kamar sepi ini
Atau di jalanan merah berdebu ?

PLACEBO = PESEMBO?

Saturday, December 10th, 2005

masuk tengah hari ini bermakna 3 hari berturut-turut aku makan kat restoran *******bah. makan tengah hari, makan tengah malam, makan petang.kalau main bola, dah kira wira dalam pasukan. aku? wira bagi perut aku. kekadang aku rasa macam ketagih nak makan kat kedai mamak nie. kenapa yek, tak ada ke generasi punk hardcore masa kini yang mengkaji tentang bahaya restoran mamak? kalau nak kira, makan di restoran mamak sama bahaya dengan makan di KFC, Mcdonald etc. mungkin kerana pengaruh barat yang menyebabkan kita terikut2 sama dalam perjuangan yang di katakan anti kekapatalisan. kenapa kita selalu ikut barat? kenapa kita merdeka hasil perjuangan elit2 melayu yang baik dengan barat? kenapa perjuangan radikal melayu gagal? adakah kerana sistem feudal melayu yang taat setia kepada sultan yang mengagalkan perjuangan radikal? wujudkah elit2 punk / hc dalam scene yang serba indah ini? adakah kesinambungan kepatuhan kepada sultan dan raja zaman dan golongan elit wujud dalam punk/hc pada masa kini? kenapa banyak tanya nie? kau giler ke apa?

———————————————————————————————

ahhh..ingat kan dah mati..satu ayat dari sahabat lama.  mati? berdiam diri bukan bererti mati, kawan. berdiam diri bukan bererti putus asa, kawan. berdiam diri bukan bererti lari. berdiam diri bukan bererti pengecut, kawan. aku berdiam diri kerana berdiam diri mungkin satu hari boleh di gunakan untuk BERLAWAN!!!

————————————————————————————————

sejak 2 menjak ini aku terpikir tentang neon. sebuah zine kebanggaan aku. ceh, apa laa ada dengan neon. cerita picisan. cerita lawak tak ada isi. aku pikir satu edisi khas akan aku keluarkan bila aku umur 30 tahun nanti. itu pasti, tapi tentang apa, korang kena tunggu. mungkin lebih kepada kesedaran politik, kesedaran bahawa dunia yang indah ini bukan hanya tentang konflik dan penentangan, aku tak tahu tapi satu hari aku akan menulis jugak…

———————————————————————————————-

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan kata2…

" tak melayu hilang di dunia- hang tuah,"

" dah lama dahhhhh…-mahathir"

" lawan tetap lawan - anwar ibrahim"

" barua…-nik aziz"

"taik…-shahnon ahmad"

" d.i.y or died….- teka sape?"

" negara-bangsa akan hancur di akhir abad ke-21…" aku?

———————————————————————————————–

ps: blogs ini adalah tentang kegagalan perjuangan.

picisan tapi berguna..

Thursday, December 8th, 2005

..kulim-jalan junjung-ali cendol-wayang bukit mertajam-tekken-games-bus kulim-baling-feri-jambatan-komtar-padang kota-etc-etc..

————————————————————————————————

aku kat penang sekarang nie. bandar ala hong-kong, negeri melayu tetapi ramai orang cina, sejarah penang panjang, ia  tentang persoalan kebijaksanaan orang putih, kebodohan orang melayu, jalan yang sempit, bus mini yang merempit, dan banyak perkara lagi yang aku rasa tak berubah dari sekarang cuma aku jee yang banyak berrubah…

———————————————————————————————-

aku rindu kat anak aku, hari nie cukup 32 hari. cam ne muka dia? dah besar ke? gigi dah tumbuh ke? rambut dah lebat ke? pp dia gebu tak? hari-hari aku tanya bini aku pasal anak aku nie. damia. damia oh damia…

——————————————————————————————

satu FALSAMPAH yang aku belajar dengan abang-abang lama kat sini ialah, " tengok anak orang, teringat anak kita. tapi tgk anak dara orang tak ingat dah bini kita.." 

———————————————————————————————-

aku baca dan bincang pasal marco polo,  orang eropah yang dikatakan berlayar mengeliling dunia. terbaru pasal dia, marco polo sebenarnya tak pergi kemana, duduk rumah, lepak di perlabuhan dan dengar pengalaman orang lain, balik menulis tentang pengalaman orang lain, bukukannya dan jadi kaya. kesian dia dah mati pun kena kutuk lagi, kesian kita semua tak pasal-pasal kena tipu dengan dia…

———————————————————————————————

teori evolusi…lagi kelakar…charles darwin punya penangan, sekali lagi kita kena tipu, padan muka aku, percaya sangat dengan buku teks sejarah form 1 - form 5..

———————————————————————————————-

rindu kat mak dan abah dan adik-adik kat lipis. diorang semua buat apa? diorang tak rindu ke kat aku? aku rindu korang sangat2…abah, jgn lupa makan ubat, mak, jangan lupa ingatkan abah, jeman dan jeri, jangan main games banyak sangat, dekna dan sikin dan dekda, kerja dan belajar rajin dan untuk bini aku…i love u..

——————————————————————————————-

aku dapat pertanyaan yang banyak sekali dari kawan-kawan,

"apex, betul ke kau dah kahwin? sial tak ajak aku.."

"mat, kenapa tak ajak aku bila kau kahwin?"

"apex, celaka kau, pasal kahwin senyap.."

"hang nie biar betul mat dah kahwin, tak caya aku…"

" apex kenapa kahwin awal sangat…"

"sampai hati tak ajak aku kahwin…"

"kau kena tangkap basah ke sampai tak ajak aku pergi kahwin kau…"

banyak kan persoalan? aku bukan taknak ajak, masa tue kira setahun yang lepas aku sibuk sangat dengan assigment, lepas tue pulak tak pasal2 aku sibuk dengan pilihanraya kat kuala berang, lepas tue pasal sibuk sangat aku bos offer aku tukar duduk daerah, aku pun terima laa, sekali lagi sibuk pulak pindah, cari rumah, duduk rumah kerajaan sorang2, gothic tak ingat dunia, apa lagi lepas tue, kena pulak pergi USM, buat PJJ, last2 aku suruh bini aku buat kad jemputan, dia la menjemput semua,bini aku pulak sibuk, periksa KPLI…so sehinggakan aku terlupa kawan-kawan aku yang lain…habis cerita pasal jemputan kahwin….

ps: perkahwinan itu satu penipuan sosial bagi pendapat golongan2 punk/hc. so, mungkin ini salah satu sebab mengapa perkahwinan aku nie penuh rahsia…wa wa wa…

———————————————————————————————

lipis-terengganu-setiu-sg.dua-internet cyber- klcc-balakong-central market-lrt-neon-embrace-hc is a feeling-kemaman-gongkapas-honda cup lampu bulat-love-peace-sorry-miss-life-ringgitmalaysia-politik-sober-friendster-blogs-end

—————————————————————————————–

Kalendar Januari - Disember 2006

Tuesday, December 6th, 2005

Januari 2006 - Ambik Cuti 10 hari dan berfikir tentang 11 bulan yang akan datang.

Februari 2006 - Buat perancangan 10 bulan yang akan datang.

Mac 2006 - Siapkan diri dengan peperiksaan Akhir.

April 2006 - Naik Gunung Kinabalu, Sabah.

Mei 2006 - Kerja-Kerja Semasa

Jun 2006 - Sambutan umur yang ke 27, ambik cuti seminggu.

Julai 2006 - Pulau Tenggol, Dungun

Ogos 2006 - Sambutan Hari Kemerdekaan (Projek hari kemerdekaan)

September 2006 - Belajar Berenang secara Intensif ( Untuk persediaan angin Monson)

Oktober 2006 - Rehat / Puasa

November 2006- rehat / Puasa / Hari Raya/ Siapkan TESIS (Cuti seminggu semperna genap setahun anak sulung kesayangan)

Disember 2006 - Siapkan Tesis/ Berehat / etc

Aktiviti2 lain yang tidak dimasukkan…kuruskan badan, belajar memasak, bermain-main dengan anak dan juga ibu(sewajaran) dan banyak lagi perkara biasa yang dilakukan oleh manusia biasa dalam dunia ini.

Kita semua serupa…

yang ada hanyalah sebuah kehidupan…