aku dan lipis
Wednesday, January 25th, 2006malam raya haji baru-baru nie aku melepak bersama-sama rakan2 lipis aku. tak ramai yg datang cuma pp,fadli dan amar. giler, dah lama rasanya aku tak melepak dengan diorang. tetap mcm dulu gak, aku mmg enjoy berborak dengan diaorang. kalau dulu ingat lagi kalau melepak kat taman permai dengan budak2 yang aku gelar tempoyang chaos crew. namanya macam geng2 hc yang chaos2 dan havoc2 tapi tak sebenarnya. kita org tak chaos sangat. apa laa sangat kitaorg nie. melepak kat sebelah umah tok penghulu dan sebelah gelanggang sepaktakraw yang di bikin padang futsal. aku rasa klipis merupakan asas kepada permainan futsal sebab kitaorang yang start dulu main futsal. aku bukan nak claim glamer tapi aku rasa masa dulu ada anak mat salleh dari new zealand nama jimmy main futsal sekali dgn kitaorg. mungkin sekarang nie dia hijrah ke spain ke, england ke, mungkin dia sedara dengan presiden fifa ke lalu dia jual idea main futsal nie ke mat2 salleh. so mungkin jimmy ambik idea nie ari kitaorang dan skrg nie mungkin dia dah kaya raya. menarik tentang kitaorg ialah kitaorang mampu main futsal dalam hujan dan dalam bulan puasa sekali. org kampung tak bising. lagi menarik dan lagi jahil ialah kitaorang akan mencari last gol atau yang selalu dgr fadli cakap, " sape shoot dia menang" dalam azan magrib berkumandang. yg paling hebat kitaorang boleh main dalam keadaan gelap. gilerbabi dan aku rasa babi dan tenuk pun akan cakap kitaorg nie budak2 tahap jenis manusia-babi atau manusia-tenuk yang radikal.
hidup di lipis adalah sesuatu yang indah. kehidupan aku bermula pukul 7 pagi. aku hantar adik aku ke sekolah. lepas tue aku start tidur. bangun balik pukul 1.00 ptg ambik balik adik aku. pukul 1.30 makan nasik. 2.30 mintak mak aku RM2.00 kekadang Rm3.00, pergi cc ejoy, main sampai kul 5.00 ptg ,main lama bayar 2 ringgit je, lepas tue start main bola sampai kul 7.30 mlm, kalau lambat sikit fadli teman aku balik, balik terus mandi,kalau malas aku tidur dulu, bangun isyak, melepak makan nasik dan tgk tv. malam kalau ada kawan2 ajak melepak aku melepak. dan tepat 12.00 malam aku chating sampai lebam mata sambil tgk gambar porn and melancap bila aku rasa nak. dan aku terus chat sampai pukul 7.00 pagi. pehh, life macam nie mmg best. dalam suasana malam hingga kesubuh korang boleh dengar macam2. sambil pandang syiling, tangan kanan kat dahi dan tangan kiri pegang zine dan sambil mendengar muzik indah dalam bilik, aku rasa bahawa alangnya indah kalau hidup terus mcm nie. tapi itu satu utopia semata-mata. aku bukan anak org kaya. bapak aku cuma ada kereta mutsubushi lancer yang bapak aku beli cash masa aku darjah 5. aku cuma ada moto c70 lampu petak,tapi aku suka. tak laju tapi bila aku bawa aku rasa aku bawak laju. c70 aku banyak berjasa dengan aku. tak pernah kena saman. aku pakai seluar pendek masa aku kuar. aku pakai baju yang kawan2 aku design sendiri. aku isap rokok masa tue sebab aku rasa aku nak isap. dan aku rasa bahagia masa tue sebab aku rs nak bahagia masa tue. tapi realiti hidup macam palat. korang nak awek,tapi awek taknak korang. korang suka aweks tue tapi apakan daya aweks tue tahap cipan nak pakwe yg kalau paling cipan pakai kereta kancil buatan malaysia. giler apa dunia nie bila kereta dijadikan satu ukuran dalam status dalam hidup.
tapi aku rasa yang sebenarnya aku lah yg paling palat sekali masa tue. kecewa kononnya kerana tak dapat mengikuti arus dunia pada hari ini. benci kononnya dengan kapitalis. tak boleh hidup kononya dalam dunia yang racist, facist, sexist dan homophopia. tapi mmg takboleh hidup tapi aku perlu jadi palat lagi untuk hidup macam sekarang. aku rasa aku nie tahap poyo yang aku yakin lebih poyo daripada babi dan tenuk yang mati ditengah2 jalan oleh kereta2 buatan manusia. dan aku mati dalam idealogi yang aku yakin mak dan abah aku pun tak faham. apa giler aku cakap pasal inie.
aku rindu kat kuala lipis. aku rindu kat rumah aku. kg. tempoyang. aku suka melepak dengan budak2 lipis. pp, amin, fadli, amar, dan dd. pelepak tambahan macam huzaiba, stam, zeri dan zairul kekadang jarang2 ada. korang sebenarnya budak2 genius, kelakar, pelawak tahap cipan, handal main bola dan korang mmg best kerana peminat drama-drama melayu.
aku rindu kuala lipis dan aku akan terus merindui lipis. oh tempoyang….