tulis-tulis 2 0 0 6

aku tak menyambut tahun baru secara serius sejak dulu lagi. maksud serius bagi aku ialah bersusah payah dengan trafik, selepas tue berhempit-hempit dengan orang ramai di dataran merdeka atau di padang-padang terbuka atau berada di konsert-konsert tahun baru dan tepat 12.00 pg bersorak beramai-ramai menyambut tahun baru. sambutan tahun baru seperti itu amat radikal pada pandangan mata aku. 

tahun baru kali ini aku menyambut dengan keadaan luar biasa. berjaga bukan untuk menonton konsert tahun baru. tapi tahun ini selepas menonton lord of the ring di TV2 aku berjaga untuk menidurkan anak aku. sambutan ini di anggap terlalu luar biasa bagi seorang yang yang ‘radikal’ macam aku.

tahun baru di kaitkan dengan azam. azam itu sebuah harapan bagi aku. harapan untuk hidup lebih baik. harapan untuk berjaya pada masa akan datang. harapan untuk keamanan dunia. di mana letaknya harapan? di tangan menteri-menteri? atau hanya pada pegawai-pegawai kerajaan? atau harapan itu benar-benar terletak di tangan kita atau tuhan yang kita sembah.

harapan adalah sesuatu perkara yang sangat bahaya bagi masyarakat asia. di malaysia harapan wujud dalam keadaan yang sangat nyata bila berlakunya pilihanraya. calon2 parti akan menabur janji kepada rakyat dalam bentuk yang penuh pengharapan.parti X akan janjikan bentuk2 pembangunan yang luar biasa kepada rakyat. lebih luar biasa parti Y akan janjikan bentuk pengharapan yang abstrak seperti syurga dan sebagainya.

bagi kebanyakan rakyat malaysia.harapan di anggap satu yang mulia. mereka yang memberi harapan lebih-lebih di sudut harta bende akan di pilih sebagai pemimpin mereka. kita tidak boleh salahkan jugak org2 politik yangmemberi harapan kerana rakyat sendiri yang mahu mendengar harapan-harapan ini. rakyat juga yang meminta itu dan ini dan orang yang berjaya pastinya orang yang meberi itu dan ini kepada rakyat…

———————————————————————————————–

anak aku dah 2 bulan. kejap jee rasa macam mimpi jee ada anak nie. rasa baru jee semalam keluar dengan bini g jalan-jalan sambil pegang tangan. sekarang aku duduk 3 orang dalam satu rumah. kalu ikut antropologi family aku boleh dikatakan sebagai keluarga nuklues. ada papa ada ibu dan anak baby. bahananya keluarga nukleus ini ialah bila baby menangis dan si ibu berada di dapur maknanya si papa terpaksa menjaga dan medodoikannya. si papa itu adalah aku. so, bagi kawan-kawan yang tak kahwin lagi inilah syoknya berkahwin dan mempunyai anak. niat aku untuk tulis novel dan sebarang cerpen(cerita pendek) / cerkon(cerita kontot) nampaknya terpaksa laa di tunda…

ps: semalam aku cerita pasal arnab dan kura-kura kat anak aku malam nie mungkin cerita pasal monyet dan buaya.

————————————————————————————————

malam semalam aku melayan foresst gump. cerita klasiii yang mmg syok. aku rasa dari pengarah sampai ke pelakonnya semua orang yahudi. mmg syok cerita dia dan berjiwa sentimental. kenapa orang yahudi boleh buat cerita yang best2? mungkin drama seorang tua di kaki gunung antara drama yang berjiwa sentimental yang paling best dalam dunia drama melayu. kenapa kita tak buat cerita dari novel-novel sentimental orang melayu. kenapa tak buat kisah pasal usman awang ke, masuri SN ke, pak sako ke, pendeta za’ba ke, pak ungku ke etc. pasal org kita tgk cerita gila2 pengantin popular, baik punya cilok, rock etc. why? tell me why? bukan ke orang melayu terkenal dengan keintelektualan mereka. tak percaya? tgk pantun2 orang melayu. tgk kiasan org melayu. salah orang melayu baru sekarang nie. malas nak berpikir. falsafah org putih tak baik. falsafah orang melayu je baik. alasan mereka mudah, kerja letih penat, boss tekan nak mati so tak salah kita berhibur dengan cerita-cerita merapa. lantak laa duit aku bukan duit kau. masalah aku bukan masalah kau. melayu baru terus macam tue dan akan tetap macam tue..

lari sham…lari…larii mattttt….

——————————————————————————————–

ramai yang tanya aku tentang kenapa aku lari sampai ke terengganu. kenapa tak duduk KL. merajuk ke? putus cinta ke? KL dan tak best ke? bagi memudahkan jawaban aku, aku cakap, " ikut arahan kerajaan!’, "saje nak jadi beach boy", dan jawaban2 yang lain…sebenarnya aku nak cakap,..

"KL boring!"

"KL KOTOR!"

" AWEK KL SOMBONG GILER BABI!!!"

" BUDAK2 KL POYO!!"

" KL BANYAK MAT INDON DAN MAT BANGLA!"

"ORANG2 KL BANYAK TAK BERIMAN!!!"

" AKU BORING TGK CENTRAL MARKET, KLCC, PUDU, PETALING STREET!!!"

"AKU BOSAN NAIK LRT DAN KOMUTER!!!’

"AKU NAK TOBAT MAKKKK…."

—————————————————————————————–

aku norhisham mohamed dan isteri rahaida ab rahman dan juga anak damia nur qistina yang berada di Setiu, Terengganu ingin mengucapkan selamat hari raya haji kepada semua umat Islam yang berada di seluruh dunia yang pergi haji atau tidak dengan ucapan. pengorbanan itu satu yang mulia. dan maaf zahir batin….

Leave a Reply