Archive for February, 2006

blogs baru…

Saturday, February 18th, 2006

www.ammosham.blogspot.com

serius pindah blogs nie…

Wednesday, February 8th, 2006

kegkawan…aku tekad utk pindah blogs sesuai dengan bulan muharam 1427 Hijrah. blog baru nie rasanya lebih best kot…harap dapat korang support. muah..

www.ammosham.blogspot.com

semalam, hari ini dan esok hari…

Sunday, February 5th, 2006

sirap bandung dan roti ‘paung’….aku berada di rumah datuk bini aku raya cina yang lepas. dalam cuaca yang panas, keadaan yang aku yang separuh sedar (antara tidur dan tidak tidur) dan suasana yang hingai bingai aku di kejutkan dengan satu hidangan favorite aku. roti paung cicah dengan sirap bandung. waaaaaaa…caaaaaaaaa…tanpa bersopan santun di hadapan mertua dan saudara mana,lantas aku bangun sambil terus melulukan tangan ke dalam plastik roti paung dan terus mencicahkannya di dalam air sirap bandung yang sejuk tue. waaaaaaa….sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….( aku akan tulis satu artikel kursus ttg sirap bandung dan roti paung ini…tunggu….)

————————————————————————————————-

bacalah dengan nama tuhanmu….aku cakap terus terang, sejak januari 2006, satu habuk buku pun aku tak baca lagi. satu petunjuk prestasi yang lemah. quran pun dah jarang2 baca nie. aduh, mcm mana boleh jadi nie…ok..aku dah study kelemahan aku. yang pertama aku suka chating, kedua suka buka internet dan yang ketiga aku suka mana championship manager. boleh di rumuskan bahawa semuanya berpunca daripada komputer. ada beberapa tindakan yang boleh di ambil, pertama jangan bayar bill telefon, kedua jgn bayar bill tmnet, yang ketiga bakar jee komputer dan yang ke empat, satu tindakan radikal ialah cacatkan jari2 aku agar aku tak bisa lagi memegang lagi tetikus dan juga papan kekunci ini. aduh…bisa bonar nie….keputusan yang mana satu nieeeeeeeeeeeeeeeee….

ps: terkenang buku siri bercakap dengan jin masa dulu2…

————————————————————————————————-

mimpi takut…salah satu siri mimpi takut aku sejak kahwin nie ialah jenis mimpi hantu2 nie. baru2 nie,lebih kurang 4 hari yang lepas aku bermimpi yang aku boleh nampak hantu. pehhh, takut giler. masa terjaga siap cari peluk bini lagi. masa kecik dulu kalau mimpi takut2 nie aku siap tidur dalam bilik mak ayah aku lagi. kekadang aku pun terpikir macam mana tensen nya dgn org 2 yang ada kelebihan boleh tgk hantu dan boleh dengar suara hantu nie.. pehh…mesti boring giler life diorang nie. mak aiii..takut pulak nak cerita pasal nie,behenti sini dulu laa

————————————————————————————————-

Kekasih Silam…buat kekasih silamku di luar sana. tiba-tibaku seakan merindui kenangan kita. kau buat ku menangis sayang, kau buatku ketawa, kau bisa hancurkan hatiku, kau bisa sempurnakan diriku. kau adalah aku dan aku adalah kau. aku dan kau adalah AKU tapi kau kini hanya kekasih silamku.

dari aku untuk aku di waktu lalu…

————————————————————————————————-

pesan mak dan ayah….dulu setiap kali aku nak blah dari rumah dan menuju ke asrama sekolah aku. sebelum naik bus dan keluar rumah aku akan ingat selalu pesanan penaja daripada mak dan juga ayah. antaranya boleh aku catatkan yang masih aku ingat ialah…

" jaga beg dompet tu baik2…",

" jangan tinggal sembanyang….",

" sampai asrama call abah…",

" jgn duduk tempat sunyi2, sampai pudu tue cari tempat ramai orang…",

" belajar rajin-rajin, dengar cakap cikgu,…"

" duit tue jimat cermat sikit…"

" berkawan baik-baik, jangan bergaduh…"etc wetc…

aku rasa banyak lagi pesanan mak ayah aku yang aku dah tak ingat. tue masa duduk asrama jee. bukan lagi masa zaman duduk U dan duduk kat terengganu. untuk dan mak dan abah. i love u very much….trimas…

———————————tamat untuk masa lalu————————————-